Tuesday 29 December 2009

Bila nak Hijrah?

*Sekadar Renungan Bersama...

Penulis: Hamka.
(100 Things I Hate About You)

Antara perkara yang buat aku menyampah dalam hidup adalah:, terpaksa mendengar ceramah politik, hampeh betul..!, sebab biasanya ceramah politik kebanyakkannya sampah kerana suka kutuk orang sana sini dan tafsir Al quran ikut isu semasa sambil perasan bagus dan perasan betul, itu yang hampeh, jika tegur mula naik angin dan akan bertambah dosa mereka sebab mempertahankan perkara yang batil..

Hari tu, aku ingat nak dengar ceramah ugama antara maghrib isyak, alih-alih ustaz yang datang mengajar sempena Maal hijrah baru baru ni rupanya ustaz politik, habis digunakan ayat Al quran dan hadith- hadith untuk benarkan perjuangan mereka.., Nabi dulu minta bantuan orang kafir untuk berhijrah, sebab tu kami bergabung dengan parti orang kafir, dahulu Nabi berhijrah untuk bina Negara islam, sebab tu anda semua kena undi parti X sebab kami nak bina Negara islam.., tak undi kami masuk neraka bla bla bla..

Nabi berhijrah untuk dapatkan kerajaan islam? Mekkah tak sesuai nak jalankan hukum islam lalu Nabi berhijrah? Dulu Nabi berhijrah minta bantuan orang kapir menunjuk jalan lalu kami pun bergabung dengan orang kapir kerana ini sunnah Nabi?

Hampeh!

Saturday 28 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Sunday 25 October 2009

Bahagiakah Kita?

Semalam saya telah pergi ke makam Imam As-Syafie Rahimahullah yang terletak di dalam Masjid Imam As-Syafie.

Kami (saya dan seorang sahabat) telah bertolak dari Hayyu 'Asyir pada pukul 11.30 pagi dan tiba di Masjid Sultan Hasan pada pukul 12.00 tengahari. Apabila sampai sahaja di masjid, bilal baru habis iqamah...

Tanpa melengah-lengahkan masa, kami segera masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat secara berjemaah. Setelah selesai menunaikan kewajipan, kami pergi ke Masjid Ar-Rifa'ie yang terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Hasan...

Saturday 22 August 2009

Malam Pertama Di Bulan Ramadhan


Alhamdulillah kita telah masuk ke bulan Ramadhan yang mulia.

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dan amalan-amalan sunat dengan cemerlang insyaallah.

Tadi malam saya telah menunaikan solat sunat terawih di masjid berdekatan dengan rumah.

Ketika menunaikan solat sunat terawih itu, saya terdengar satu esak tangis yang tidak jauh dari saya.

Saya baru terperasan seorang pakcik yang agak berumur sedang teresak-esak di sebelah saya.

Saya bertanya: "Kenape pak cik menangis???"

Wednesday 12 August 2009

Ada Apa Dengan Wang



ADA APA DENGAN WANG???

APA YANG KITA BOLEH BUAT DENGAN WANG???

ADAKAH WANG BOLEH MEMBAHAGIAKAN KITA???

BERAPA BANYAK WANG YANG KITA MAHUKAN???

Monday 10 August 2009

Sedih Rasa Hati Ini


Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak...

Bagaimanakah persediaan kita???

Alhamdulillah saya dapat menyambung pelajaran ke Mesir di peringkat "Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Al-Quran Wal Qiraat"...

Walaupun tak sehebat mana, Insyaallah saya akan cuba melakukan yang terbaik buat diri,keluarga dan masyarakat...



Mohd Allamah.com

Thursday 23 July 2009

Sebulan Lagi Bulan Ramadhan



Pejam celik pejam celik kita semakin hampir sampai ke bulan yang ditunggu-tunggu iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Hari ini hari Khamis bersamaan 1 sya'ban 1430 Hijrah.

Sudahkah kita bersedia untuk sampai ke bulan yang ditunggu-tunggu itu???

Bagaimana dengan persediaan fizikal dan mental kita???

Adakah kita akan melalui Bulan Ramadhan pada kali ini dengan penuh penghayatan???

Atau kita biarkan ia berlalu pergi dengan sia-sia???

Fikir-fikirkanlah bersama-sama...

Janganlah biarkan ia berlalu begitu sahaja...

Rebutlah peluang keemasan yang ada ini dengan sebaik-baiknya...

Mungkin ini merupakan Ramadhan yang terakhir bagi kita???

Wallahu a'lam...

Mohd Allamah.com

Tuesday 21 July 2009

Ikhlaskah Amalan Kita?

Ikhlaskah amalan kita selama ini???

Tepuk dada tanyalah iman...

Mohd Allamah.com

Sunday 19 July 2009

Jadilah Manusia Yang Berkualiti (1)


Manusia yang berkualiti ialah manusia yang memberi sumbangan terhadap diri, keluarga & masyarakat.

Manusia yang berkualiti juga ialah manusia yang mempunyai sumbangan kepada agama, bangsa & negara dan sanggup berkorban demi mencapai cita-cita itu.

Manusia yang berkualiti merasakan dirinya mempunyai tanggungjawab dan tugas yang besar untuk diselesaikan.

Manusia yang berkualiti sangat-sangat diperlukan untuk membangunkan tamadun sesuatu umat manusia.

Kekuatan dari aspek rohaniah dan jasadiah merupakan keperluan utama untuk membentuk manusia berkualiti.

Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk fizikal & material.

Contoh manusia yang sangat berkualiti ialah Nabi Muhammad s.a.w.

Lihatlah bagaimana pengorbanan yang telah dilakukan baginda. Baginda telah bersusah payah untuk menyebarkan risalah Islam demi menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Nabi dan Rasul.

Apa salahnya kita mulakan hidup kita dengan menjadi manusia yang berkualiti.

Jangan tunggu lama-lama.
Bertindaklah sekarang untuk menjadi manusia yang berkualiti.

Mohd Allamah.com

Wednesday 15 July 2009

Temuduga 3 (Tips-tips sebelum pergi ke suatu temuduga/ interview)

Tips-tips sebelum pergi ke suatu temuduga/ interview:

1) Ikhlaskan niat hanya kerana Allah.

2) Sediakan semua dokumen-dokumen dan sijil-sijil yang berkaitan. (Jangan sampai terlupa)

3) Pastikan anda menyucikan diri anda dari segi rohani dan fizikal.

4) Pakai pakaian yang sesuai, bersih dan menutup aurat.

5) Solat sunat hajat 2 rakaat, mohon kepada Allah agar menunaikan hajat kita.

6) Banyakkan berzikir kepada Allah sehingga masuk ke tempat temuduga.

7) Apabila telah tiba masanya, jawablah soalan-soalan temuduga dengan tenang dan bersemangat sambil berzikir mengingati Allah di dalam hati.

8) Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah agar menunaikan hajat kita..amiin...

Mohd Allamah.com

Tuesday 14 July 2009

Sunday 12 July 2009

Amanat Sheikh Ahmad Yassin

Tidakkah kamu semua melihat wahai bangsa arab,
Sudah sampai tahap mana keadan ini?
Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah,
Tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata
Dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh).
Aku bukan seorang penceramah yang lantang
Yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali dengan menggerakkan (kerusi roda)ku.
Aku sudah beruban putih dan berada di penghujung usia.
Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa
Bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah.
Adakah kalian semua begitu wahai bangsa Arab,
Kalian diam membisu dan lemah,
Atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman
Yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah...
Tiada satu pun kumpulan (daripada kalangan kalian)
Yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang
Telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas
Kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia
Kepada golongan dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh & penjenayah serta pengganas...
Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina
Sedangkan padanya ada kemuliaan.
Tidak malukah negara-negara umat Islam
Membiarkan zionis dan sekutu

Mohd Allamah.com

Friday 10 July 2009

Temuduga 2


Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi pada sesi temuduga yang kedua ini...

Setelah selesai semua ujian-ujian yang agak mencabar tadi, kini bermulalah detik-detik temuduga yang sebenar...

Saya telah dipanggil masuk ke bilik temuduga yang agak luas dan dilengkapi dengan set sofa mewah dan penghawa dingin yang agak sejuk juga...

Saya dipersilakan duduk di atas kerusi berhadapan dengan dua orang penemuduga yang sudah berumur dari saya...

"Silakan duduk", kata Tuan Penemuduga...
"Terima kasih", jawab saya kembali...

"Where are your document and certificates???", celah Tuan Penemuduga...

"Allahuakbar...", cetus saya di dalam hati. Saya memang terlupa dan tak teringat langsung nak bawa benda-benda tu...
"Macam mana nie???", saya ligat berfikir mencari jawapan yang sesuai untuk dijawab, tapi...

Saya pun cuba cakap, "I'm very-very sorry Sir. I don't bring the document..."

Bermulalah luahan isi hati Tuan Penemuduga terhadap saya dalam Bahasa Inggeris yang saya dapat fahami juga sikit-sikit walaupun tak berapa mahir...
"Why don't you bring the document???"
"Don't you know how to prepare for an interview?"
"How's your appearance to come for an interview?"
"You must know what you should wear in interview.."
"You must know what you should do in interview.."
"Any interview.. formal or informal.."
Tambahnya lagi...
Lebih kurang macam tu lah bunyinya walaupun tak berapa betul rasanya...

Saya diam terkaku seribu bahasa...
Bersambung lagi.........

Mohd Allamah.com

Tuesday 7 July 2009

Monday 6 July 2009

Mutiara Hikmah

Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Siapakah yang akan mengambil daripadaku beberapa perkataan lalu beramal dengannya atau memberitahu siapa yang akan mengamalkannya? Jawabku : Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW memegang tanganku dan mengira lima. Sabda baginda ;

1) "Jauhkanlah larangan-larangan nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling beribadah".

2) "Relalah dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan kepadamu nescaya engkau akan menjadi manusia paling kaya".

3) "Berbuat baiklah kepada jiran nescaya jadilah engkau orang mukmin sejati".

4) "Kasihilah orang lain sepertimana engkau mengasihi dirimu sendiri nescaya engkau menjadi sebenar-benar muslim".

5) "Dan janganlah engkau banyak ketawa kerana ia akan mematikan hati".

(Maksud hadis)


Mohd Allamah.com

Saturday 4 July 2009

Persediaan Temuduga 1




Semalam saya telah pergi ke satu tempat untuk ditemuduga bagi mendapatkan pekerjaan...

Sebelum ditemuduga, kami diberikan latihan kecekapan minda iaitu menjawab soalan penambahan matematik yang agak mencabar...

Anda boleh buat ke???

Saya pasti anda boleh buat...
Soalannya:

Friday 3 July 2009

Satu Penantian



Hari-hari yang berlalu meninggalkanku begitu cepat, sangat cepat ia pergi...

Aku kini sedang menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi lagi..

Menunggu dan terus menunggu sehingga tiba waktunya...

Doakanku berjaya hingga sampai ke situ dan berjaya menamatkannya dengan kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat...

Amin...