Sunday 25 October 2009

Bahagiakah Kita?

Semalam saya telah pergi ke makam Imam As-Syafie Rahimahullah yang terletak di dalam Masjid Imam As-Syafie.

Kami (saya dan seorang sahabat) telah bertolak dari Hayyu 'Asyir pada pukul 11.30 pagi dan tiba di Masjid Sultan Hasan pada pukul 12.00 tengahari. Apabila sampai sahaja di masjid, bilal baru habis iqamah...

Tanpa melengah-lengahkan masa, kami segera masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat secara berjemaah. Setelah selesai menunaikan kewajipan, kami pergi ke Masjid Ar-Rifa'ie yang terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Hasan...