Sunday 12 July 2009

Amanat Sheikh Ahmad Yassin

Tidakkah kamu semua melihat wahai bangsa arab,
Sudah sampai tahap mana keadan ini?
Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah,
Tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata
Dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh).
Aku bukan seorang penceramah yang lantang
Yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali dengan menggerakkan (kerusi roda)ku.
Aku sudah beruban putih dan berada di penghujung usia.
Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa
Bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah.
Adakah kalian semua begitu wahai bangsa Arab,
Kalian diam membisu dan lemah,
Atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman
Yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah...
Tiada satu pun kumpulan (daripada kalangan kalian)
Yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang
Telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas
Kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia
Kepada golongan dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh & penjenayah serta pengganas...
Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina
Sedangkan padanya ada kemuliaan.
Tidak malukah negara-negara umat Islam
Membiarkan zionis dan sekutu

Mohd Allamah.com

No comments:

Post a Comment

Luahkanlah isi hati anda yang terpendam selama ini...