Sunday 25 October 2009

Bahagiakah Kita?

Semalam saya telah pergi ke makam Imam As-Syafie Rahimahullah yang terletak di dalam Masjid Imam As-Syafie.

Kami (saya dan seorang sahabat) telah bertolak dari Hayyu 'Asyir pada pukul 11.30 pagi dan tiba di Masjid Sultan Hasan pada pukul 12.00 tengahari. Apabila sampai sahaja di masjid, bilal baru habis iqamah...

Tanpa melengah-lengahkan masa, kami segera masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat secara berjemaah. Setelah selesai menunaikan kewajipan, kami pergi ke Masjid Ar-Rifa'ie yang terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Hasan...


Kami menziarahi makam Imam Ar-Rifa'ie yang terletak di dalam Masjid Imam Ar-Rifa'ie di bahagian belakang masjid.

Selepas itu, kami pergi ke makam cucu Rasulullah s.a.w iaitu 'aisyah, umi kalsum, fatimah naina' dan beberapa orang sahabat nabi iaitu Abu Zar Al-Ghifari dan Uqbah.

Maqam Ibnu Hajar al-Asqalani juga terdapat di kawasan ini. Kami tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk menziarahi semua maqam para ulama' yang banyak terdapat di sini.

Kami merasa sedih kerana setiap Hari Jumaat, di tengah-tengah laluan di antara maqam-maqam ini diadakan pasar yang menjual sayur-sayuran, ikan-ikan, ayam-ayam, itik-itik, kambing-kambing dan lembu-lembu yang masih hidup.

Keadaan ini telah menyebabkan persekitaran maqam ini menjadi kotor dan berbau hamis dan hanyir dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan bagi siapa yang menziarahi maqam-maqam yang ada di sini.

Tidak ketinggalan, ada juga yang membuat rumah di celah-celah kubur, walaupun fatwa telah dikeluarkan bahawa tidak boleh membina rumah di kawasan perkuburan.

Tetapi mereka tidak mengendahkannya. Tidak tahu mengapa boleh terjadi begini. Mungkin juga hal ini membahagiakan hidup mereka.

Bagaimana pula dengan kita???

Adakah kita juga sama ataupun ingin menjadi seperti itu???

Wallahu a'lam...

*maqam=kubur

No comments:

Post a Comment

Luahkanlah isi hati anda yang terpendam selama ini...