Saturday 22 August 2009

Malam Pertama Di Bulan Ramadhan


Alhamdulillah kita telah masuk ke bulan Ramadhan yang mulia.

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dan amalan-amalan sunat dengan cemerlang insyaallah.

Tadi malam saya telah menunaikan solat sunat terawih di masjid berdekatan dengan rumah.

Ketika menunaikan solat sunat terawih itu, saya terdengar satu esak tangis yang tidak jauh dari saya.

Saya baru terperasan seorang pakcik yang agak berumur sedang teresak-esak di sebelah saya.

Saya bertanya: "Kenape pak cik menangis???"


Pak cik itu tidak menjawab pertanyaan saya.

Setelah saya pujuk pak cik itu, barulah dia menceritakan kisah mengapa ia menangis.

"Pak cik tak pernah merasakan ketenangan dalam solat nak...",jawab pak cik itu.

"So what?", saya bertanya penuh kebingungan.

"Tapi pada malam ini, pak cik dapat merasakan ketenangan yang pak cik idam-idamkan selama ini...", sambungnya lagi sambil menangis.

"Memang selama ini pak cik sentiasa bergelumang dengan pelbagai masalah, tapi bila pak cik buang jauh-jauh masalah itu dan menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam solat, pak cik rasa tenang sekali..."
, tambahnya.

Saya terdiam seribu bahasa dan memikirkan betapa beruntungnya jika kita semua orang Islam boleh menjadi seperti pak cik ini...

Mohd Allamah.com

No comments:

Post a Comment

Luahkanlah isi hati anda yang terpendam selama ini...