Tuesday 29 December 2009

Bila nak Hijrah?

*Sekadar Renungan Bersama...

Penulis: Hamka.
(100 Things I Hate About You)

Antara perkara yang buat aku menyampah dalam hidup adalah:, terpaksa mendengar ceramah politik, hampeh betul..!, sebab biasanya ceramah politik kebanyakkannya sampah kerana suka kutuk orang sana sini dan tafsir Al quran ikut isu semasa sambil perasan bagus dan perasan betul, itu yang hampeh, jika tegur mula naik angin dan akan bertambah dosa mereka sebab mempertahankan perkara yang batil..

Hari tu, aku ingat nak dengar ceramah ugama antara maghrib isyak, alih-alih ustaz yang datang mengajar sempena Maal hijrah baru baru ni rupanya ustaz politik, habis digunakan ayat Al quran dan hadith- hadith untuk benarkan perjuangan mereka.., Nabi dulu minta bantuan orang kafir untuk berhijrah, sebab tu kami bergabung dengan parti orang kafir, dahulu Nabi berhijrah untuk bina Negara islam, sebab tu anda semua kena undi parti X sebab kami nak bina Negara islam.., tak undi kami masuk neraka bla bla bla..

Nabi berhijrah untuk dapatkan kerajaan islam? Mekkah tak sesuai nak jalankan hukum islam lalu Nabi berhijrah? Dulu Nabi berhijrah minta bantuan orang kapir menunjuk jalan lalu kami pun bergabung dengan orang kapir kerana ini sunnah Nabi?

Hampeh!


Suka hati laki tiri belah nenek korang jer nak tafsir hijrah Nabi selari dengan perjuangan korang konon.., walhal Nabi masa kat Mekkah dah dapat offer jadi ketua, tapi Nabi tak nak, dan masa Nabi hijrah, ayat tentang hukum hakam belum turun lagi.., dan, arghh, malas lah aku nak tulis dalil dengan korang, sebab nanti bertambah dosa korang sebab ghairah nak menang walaupun salah..

Setahu aku, orang yang sangka Nabi berhijrah nak bina Negara adalah orang kapir Mekkah dan ketuanya Abu Supian, tu yang takut sangat Nabi berhijrah lalu kepung rumah Nabi untuk bunuh Nabi, tapi Nabi dapat jugak hijrah, dan bila Nabi masuk balik Mekkah dengan tentera islam, Abu supian yang sangka Nabi berhijrah untuk dapat kerajaan dengan selamba cakap dengan Bapak saudara Nabi, Abbas r.a..

“Sungguh hebat ‘kerajaan’ anak saudaramu”

Tapi Abbas r.a yang faham ugama sergah balik,: Ini bukan ‘kerajaan’ Ini ‘Nubuwwah’..”

Korang tahu apa itu Nubbuwah?, Nubbuwah bukan kerjaaan, Nubuwwah adalah kenabian, iaitu pengembangan ugama, itulah sebab Nabi berhijrah, untuk ‘kembangkan ugama’., Negara, hamba wanita dan ghanimah adalah natijah Nubuwwah, mana boleh kita berhijrah dengan niat untuk dapat ghanimah, hamba wanita atau Negara islam.., tak ikhlas tu..!

Nabi cakap, orang yang berhijrah akan dapat mengikut apa yang mereka niat, jika niat nak perempuan atau harta atau negara, maka hijrah mereka adalah tidak ikhlas..

Sedangkan Nabi berhijrah adalah kerana empat perkara:

1) Nubuwwah,
2)Perintah Allah,
3) Mekah tidak selamat,
4) Orang Madinah sedia Bantu Nabi.

Tapi korang tafsir Nabi hijrah sebab nak Negara kononnya, tapi korang tak pulak hijrah ke Negara lain sebab dah tuduh Malaysia tak nak islam, tapi suruh hijrah dengan memadai pangkah parti korang, betul ke tu? Oh! Sebab tulah aku benci dengar ceramah politik! please, don't insult my intelligence!

Hampeh!

Ok, sempena Maal Hijrah, selain dari perkara di atas, aku nak tulis lagi beberapa perkara yang aku menyampah dalam dunia ni, yang aku namakan: 100 Things I Hate About You.., read carefully; and please agree in the end, and be educated.

1.Ustaz yang tak jaga solat jemaah tapi sibuk tafsir ayat Al quran tentang hukum hakam..,

Aduh., korang bukan tak tahu, selagi tak jaga solat jemaah selagi tu sifat munafik ada dalam diri (rujuk hadith), sebab tu aku rasa fail bila ustaz yang gagal tafsir bab solat jemaah, tiba tiba boleh pulak tafsir ayat lain guna kepala otak dia.., bukankah solat itu tiang ugama?, sangkut kat situ, habis semua sangkut…, dah! pergi belajar jaga solat jemaah jika kamu seorang ustaz.!

2. Perasan di salahkan.

Orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah terdiri daripada mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi.. dan tidak sesuai menjadi teman hidup atau sahabat pena, sebab nanti kelembapan otaknya akan berjangkit dengan kita dan kitapun jadi slow gak, sebab Nabi dah pesan, kalau nak wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi, dan kalau nak asap, berkawanlah dengan penjual arang, begitu lebih kurang..

Orang yang ‘perasan disalahkan’ biasanya ada penyakit hati yang kronik, sebagai contoh: bila dia sakit, dia akan tuduh ada orang bomohkan dia, padahal dia yang tak pandai jaga kesihatan atau yang lebih hakikat lagi, Allah nak uji dia untuk tambah iman, tapi sebab dah buruk sangka, jadi tambah dosa pulak..

Contoh lain, bagi yang berniaga, bila perniagaan restoran dia tak laku, dia akan sangka buruk kedai sebelah ‘guna-guna’kan dia, padahal dia yang tak pandai meniaga, masak tak sedap dan hantar order lembab, mahal pulak tu…, tak ke bangang?

Atau bila orang masjid datang ziarah dia kat rumah sebab nak eratkan silaturahim, terus marah marah sambil berkata aku dah banyak ilmu ugama pergi dakwah orang lain, bodoh ke apa?

Atau yang baca blog aku, dengki apa ntah?, perasan di salahkan lalu emosi dalam email atau komen, arhhgh, malas aku nak beremosi, karang aku pulak jadi slow.., baca entry penuh kat sini jika nak detail.

3.Bercakap tentang harta orang lain.

Aku menyampah dengan mereka yang begitu ghairah bercerita tentang harta orang lain, kereta orang tu mahal dan mewah bla bla bla.., rumah orang itu besar dan indah bla bla bla..,, gelang orang itu cantik dan berseri bla bla bla..,, isteri orang itu besar buah dada bla bla bla..,, hampeh semua!!

Tanda orang yang miskin jiwa raganya adalah suka bercakap tentang harta orang lain.., dan itu tandanya korang cinta dunia, dan Tuhan marah korang bercakap tentang harta dunia, apatah lagi tentang harta orang lain, bukannya korang dapat faedahpun bila puji harta mereka, buat mereka riak dan korang dengki jerr, itu semua jalan ke neraka, banyak benda lagi nak di borakkan daripada bercakap tentang harta orang lain, baik korang bercakap tentang nikmat yang Allah bagi kat korang dan bersyukur.., tak payah menghinakan diri dengan berborak tentang harta orang lain…

3.Tengok sukan secara live

Aku tak kan buang masa bangun malam tengok bola, atau pergi stadium tengok bola, atau sukan sukan lain, hidup ini singkat sahaja, apa salahnya jika tengok kat berita terus? Boleh terus nampak gol.., tak rugipun, aku suka sukan UFC, cukup tengok kat U tube.., tak payah nak buang masa conteng muka, beli tiket, pakai baju warna warni dan ponteng solat maghrib.., korang takde life ke? Atau korang takde next life?

4.Main Game..

Aku suka baca komik dan tengok kartun masa remaja dulu, bila tengok visual game, aku rasa memang tertarik dan berniat nak beli PS2, tapi tak.., aku tak terjebak dan tak tergoda langsung dengan semua jenis game, Tak kiralah PS2 ke, PS3 ke, X Box ke, malahan game bodoh macam solitaire pun aku tak main, aku tak terperangkap dengan benda benda yang betul betul buang masa…, dari aku main game, baik aku main lari lari dengan bini aku, takde faedah langsung susun daun terup sehingga keluar bunga api.., memang betul betul takde faedah!!

5.Beli harta dan hias harta dengan penuh membazir dan jatuh cinta pada harta sendiri…

Ini macam penyakit orang kapir yang takut mati, beli kereta dan hias kereta macam sampah dan jatuh cinta kat kereta sambil perasan kereta tu cantik, letak spoiler yang nampak bodoh, tampal stiker jenema kereta mahal luar Negara walhal kereta tu kereta buatan Malaysia, lepas tu cat kereta macam budak tadika baru dapat calour, lepat tu tulis type-R dan macam macam lagi aksesori bodoh.., dan bila memandu, perasan semua orang cemburu dengan mereka, aduh.., aku bukan cemburu, tapi aku kasihan.., oh! Alangkah ruginya umur mereka.., aku kasihan dengan kebodohan mereka menghabiskan masa..

6. Tengok drama bersiri..

Benda yang tak dapat pahala ni tak elok di istiqamahkan, nanti jadi makruh dan takut takut lama-lama boleh jadi haram…, tak rugipun tak tengok drama bersiri.., terutama suri rumah, baik baca buku ugama dari habiskan masa tengok drama Indonesia yang banyak iklan.., dan aku dengar cerita, drama bersiri tu dibuat dua kali tayang, petang dan malam, dan ada orang sampai tengok dua kali petang dan malan, oh! Takde life ke?

7. Bercouple sebelum kahwin.

Nak bercinta boleh, diam diam sudah, dan jangan buat maksiat, tak payah nak tunjuk pada dunia yang korang ada awek, rakam gambar, letak dalam blog, dan perasan bahagia, aku cukup menyampah dengan mereka yang bercerita tentang awek atau pakwe mereka, “eh kau tau tak Hamka?, semalam awek aku tu merajuk, tapi lepas aku belikan handphone baru terus kami berbaik semula,” “eh kau tahu tak?, semalam awek aku tunjuk tahi lalat dia.., apa punya bodoh awek dia dapat pakwe bodoh pun aku tak tahu..

Orang perempuan tak tahu ke?, yang orang lelaki kebanyakkan dalam bercinta, sangat berharap untuk terlanjur, siap bangga dan cerita kat kawan kawan, dan akan tinggalkan perempuan bodoh tu, sebab lelaki rasa hebat dapat kendurikan orang perempuan.., jadi nak elak benda ni semua, tak payah bercinta, dan jika bercinta, diam diam sudah, dan takutlah pada Allah, kahwin cepat cepat..

Lagi satu dalam peraturan dunia, jika nak cerita satu benda, mestilah benda tu boleh dikongsi bersama, contoh jika kerajaan bagi bonus, cerita kat kawan pejabat dah ler, tak payah nak cerita dekat jiran yang kerja kuli pembinaan, takde faedah langsung dan buat kawan tu kecik hati, atau jika suami korang belikan rantai emas, tak payah cerita kat jiran, bukan jiran boleh kongsi benda tu, jadi sama, jika ada awek, tak payah cerita kat aku..

Tapi kan madu yang boleh dikongsi dengan isteri tak boleh pulak di borakkan, woha!

8.Pak Pandir bodoh

Kebanyakkan Pak Pandir adalah penyokong politik, mempunyai ciri ciri yang senang diperbodohkan, mudah percaya pada semua orang dalam parti dia, dan mudah diberi semangat serta rangsangan, lembik dan keperempuanan (kalau lelaki) dan hidupnya menyusahkan orang..
Kenapa menyusahkan orang? pertama: kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bengang! Bengong dan hampeh!

Dan seorang Pak Pandir itu, hidupnya adalah suka mengikut nafsu, dan salah satu nafsu pak Pandir adalah percaya pada cerita yang sesuai dengan nafsu.., pelik kan?

Contoh: Pak Pandir yang hisap rokok akan memilih ustaz yang merokok untuk mendapatkan fatwa.., yang suka mengumpat akan memilih ustaz yang suka mengumpat untuk mendapatkan fatwa.. begitu lebih kurang.. baca entry penuh kat sini jika nak detail.

9. Anonymous

Sebelum aku ulas, cuba baca beberapa komen bodoh dari Anonymous

Anonymous 1 said...

kenapa guna nikcname hamka?
tak sesuailah nak tiru ulama HAMKA sebenar yang telah meninggal 24 Julai 1981. Dia ulama nusantara yang disegani tapi awak sendiri yang kata awak bukan ustaz atau ulama yang patut di percayai 100% wacananya. Jangan mengambil populariti orang.

Anonymous 2 said...

Nama dah macam ulama dah si hamka ni.., ulama terkemuka indonesia..kenapa tak taruk nama iman syafie ke..hambali ke?

Anonymous 3 said...

Kenapa guna nickname Hamka?, gunalah nama sendiri, tak baik guna nama ulamak untuk tulis blog cam gini..

Jawapan aku, korang boleh search dari komen entry lepas akan selalu ada komen bodoh dari anonymous, nak komplen tapi tak paham, slow dan menyusahkan orang, biasanya aku tak layan, biarlah mereka tulis panjang berjela, aku buat buat bodoh jerr…

Bila aku tak layan komen mereka, mereka suruh aku tukar nama Hamka kepada nama sebenar aku, woi mangkuk, aku ada etika dalam menulis, aku tak tulis guna nama samaran, dah nama dalam IC aku Hamka, aku tulisler Hamka, tak salahpun! tapi korang yang perasan bagus nak tegur nama aku, tapi guna nickname anonymous?! Tak ke bodoh!!

10..11…12…100..

Banyak lagi yang aku nak tulis, cukuplah sepuluh, itupun dah pedas aku rasa, karang tulis 90 lagi perkara yang aku menyampah, ada yang tak lalu makan nasi karang.., dan aku rasa membaca komen korang yang tak paham tapi perasan paham lalu komplen, juga buat aku rasa menyampah.., jadi cukuplah sampai sini aku tulis perkara perkara yang aku menyampah, (lagipun korang peduli apa dengan apa yang aku menyampah), tapi jika korang buat sepuluh perkara yang aku tulis tu, korang memang Hampeh di mata aku.., oh ye! sebelum terlupa, aku ulang sekali lagi, aku menyampah dengar ceramah politik, harap maklum. Period.

Ps: Selamat menyambut Maal Hijrah dan selamat ber'hijrah'..!

http://keretamayat.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Luahkanlah isi hati anda yang terpendam selama ini...