Monday 6 July 2009

Mutiara Hikmah

Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Siapakah yang akan mengambil daripadaku beberapa perkataan lalu beramal dengannya atau memberitahu siapa yang akan mengamalkannya? Jawabku : Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW memegang tanganku dan mengira lima. Sabda baginda ;

1) "Jauhkanlah larangan-larangan nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling beribadah".

2) "Relalah dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan kepadamu nescaya engkau akan menjadi manusia paling kaya".

3) "Berbuat baiklah kepada jiran nescaya jadilah engkau orang mukmin sejati".

4) "Kasihilah orang lain sepertimana engkau mengasihi dirimu sendiri nescaya engkau menjadi sebenar-benar muslim".

5) "Dan janganlah engkau banyak ketawa kerana ia akan mematikan hati".

(Maksud hadis)


Mohd Allamah.com

No comments:

Post a Comment

Luahkanlah isi hati anda yang terpendam selama ini...