Monday 8 February 2010

Bagaimana Menghafal Al-Qur'an




Jiwa yang tidak pernah dibacakan Al-Qur'an, seperti kuburan. Sepi, sendirian, dan kering-kontang. Zaman ini, sedikit sekali orang-orang yang menghafal Al-Qur'an. Kita boleh melihat, ibu bapa lebih resah jika anaknya tidak boleh menguasai matematik dan bahasa Inggeris, berbanding tidak tahu Al-Qur'an. Padahal, mereka adalah keluarga Muslim. Padahal, sebagai orang Islam, kita harus yakin bahawa Al-Qur'an adalah petunjuk hidup kita.
Ketika zaman semakin berputar mengikut arus syahwat manusia, selayaknyalah kita sebagai orang Islam (mungkin) harus mulai kembali menanamkan azam dan niat, tekad dan keinginan untuk mulai menghafal Al-Qur'an.
Dan untuk memudahkan penghafalannya, ada beberapa teknik dan persiapan yang khusus yang boleh digunakan di antaranya:
  • lkhlaskan niat dan bersabar
  • Jangan lupa baca basmillah dulu
  • Berdoa kepada Allah swt
  • Bersih dari hadas kecil dan besar
  • Sebaiknya menghadap kiblat
  • Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat
  • Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal
  • Memberikan perhatian sepenuhnya
  • Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap
  • Berhenti membaca ketika ingin buang angin
  • Solat dua rakaat sebelum memulai
SEBELUM MENGHAFAL
  1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
  2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal
  3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal
  4. Berada dalam keadaan tenang
  5. Tenangkan pikiran sebelum menghafal
  6. Pilih sebuah jenis mushaf dan jangan ubah dengan jenis mushaf lain
  7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mulai menghafal
TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAL
A. Teknik "Chunking” (potongan-potongan)
  • Mengelompokan ayat yang panjang dalam beberapa bahagian yang memang sesuai mengikut arahan guru atau ustadz, jika belajar bersama mereka
  • Mengelompokan awal surat pada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai
  • Mengelompokan surat dalam beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita
  • Mengelompokan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya
  • Mengelompokan kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya
B. Teknik Mengulang
  • Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mulai menghafalnya
  • Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya
  • Selepas menghafal setiap setengah halaman, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang setengah halaman lagi
  • Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.
C. Teknik Menghafal Dengan Teman
  • Pilih seorang teman yang sama-sama berminat
  • Orang pertama membaca dan disemak oleh orang kedua
  • Orang kedua membaca dan disemak oleh orang pertama
  • Saling menyebut ayat antara satu sama lain
E. Teknik Mendengar Kaset/CD
  • Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu
  • Sebelum mulai menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali
  • Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di pikiran
  • Mulai menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut
  • Sentiasa mendengar kaset/CD bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan mendengar lagu-lagu kerana akan mengganggu penghafalan
F. Teknik Merakam
  • Rakam bacaan kita di dalam kaset dan dengarkan lagi untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul
  • Bagi kanak-kanak, rakam bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut
  • Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya
G. Teknik Menulis
  • Tulis kembali surat yang telah dihafal. Kemudian cek lagi dengan mushaf.
  • Menulis setiap ayat pertama awal muka surat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam sehelai kertas.
MEMELIHARA HAFALAN
  1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati
  2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika dalam perjalanan, selepas azan dan lain-lain lagi
  3. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya: selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya
  4. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam
  5. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau mengantuk
  6. Menulis setiap ayat yang mutasyabih

Diambil dan disesuaikan mengikut pemahaman bahasa melayu dari:
eramuslim.com

*Sebagai tambahan:
Lihat makna setiap ayat Al-Qur'an untuk memahami maksudnya dan memudahkan lagi penghafalan sebelum menghafal. 

No comments:

Post a Comment

Luahkanlah isi hati anda yang terpendam selama ini...