Monday, 18 October 2010

Hari Yang Berlalu


Subhanallah...

Begitu cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Antara sedar mahupun tidak, saya sudah setahun berada di negara Mesir, bumi para anbiya' ini. Seakan-akan baru semalam saya menjejakkan kaki ke sini.

Banyak sekali pengalaman yang dilalui selama setahun berada di sini. Ada pengalaman yang sedih, gembira dan bermacam-macam perasaan yang tidak dapat digambarkan.

Perangai arab memang sangat banyak yang diingati. Ada suatu ketika, seorang pakcik arab menumbuk geraham saya yang belah kanan. Masyaallah, hanya Allah Subhanhu Wa Taala  sahaja Yang Maha Tahu kemarahan saya pada waktu itu. Tetapi apa boleh buat, sudah nasib badan. Mungkin pakcik tu tak sihat agaknya.

Kemudian, ada seorang bilal masjid ni. Pada suatu hari dia bagi saya 500 junaih yang anggarannya lebih kurang 300 ringgit Malaysia. Dia kata kongsi dengan sahabat di rumah. Baik sungguh pakcik ni walaupun saya menolaknya, tetapi dia tetap nak bagi kerana katanya berkat Insyaallah.
Memang sangat mencabar jika kita berada di bumi Mesir ini kerana ia adalah bumi tarbiyyah yang mampu mendidik diri kita yang angkuh lagi sombong ini.

Kadang-kadang saya sedih mengenangkan keadaan saya yang lemah dan tidak berdaya ini. Tetapi, disebabkan ilmu adalah tujuan utama saya datang ke sini, maka saya kuatkan semangat yang semakin hari semakin luntur.

Seorang sahabat saya ada mengatakan: "Akhi, anta ini merupakan salah satu mata-mata rantai pejuang Islam. Jika anta tak bawa Islam, siapa lagi yang akan membawanya?". Kata-kata ini cukup berkesan dalam hati saya kerana saya melihat dewasa ini Islam seakan-akan hanya tinggal nama sahaja, tetapi tidak diamalkan. Dan semakin ramai orang yang menjauhkan dirinya daripada Islam walaupun berasal dari keluarga Islam.

Kenapa hal ini terjadi? Ini tidak lain dan tidak bukan kerana orang yang mengetahui tentang agama Islam tidak mahu menyampaikannya kepada orang lain. Dan tarbiyyah semakin kurang di kalangan kita sekarang ini.

Jadi, untuk mengatasinya kita sama-sama hendaklah memantapkan tarbiyyah diri kita dan seru kepada orang lain pula. Insyaallah, Allah akan membantu kita.

Sekian, terima kasih.

Thursday, 18 February 2010

10 Muwasofat Tarbiah



1) Aqidah Sejahtera
-Tidak menjampi kecuali dengan al-Quran yang ma’thur
-Tidak berhubung dengan Jin
-Tidak meminta bantuan daripada orang yang meminta bantuan jin
-Tidak menenung nasib
-Tidak mendekati tukang tilik
-Tidak mengusap kubur
-Tidak meminta bantuan dari simati
-Tidak bersumpah dengan selain Allah
-Tidak mempercayai adanya sial
-Mengikhlaskan amal kerana Allah
-Mengimani rukun-rukun Iman
-Mensyukuri Allah s.w.t ketika menerima nikmat
-Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
-Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah s.w.t

2)Ibadah Yang Sahih
-Tidak menolak untuk azan
-Bersuci dengan sempurna
-Sangat menghargai solat berjemaah
-Sangat suka berjemaah di masjid
-Memperbaiki mutu solat
-Qiamullail seminggu sekali
-Menunaikan zakat
-Berpuasa wajib
-Berpuasa sunat sehari setiap bulan
-Ada niat untuk menunaikan haji
-Beriltizam dengan adab-adab tilawah
-Khusyuk ketika membaca al-Quran
-Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
-Berdoa pada waktu-waktu yang diutamakan
-Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
-Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
-Menjauhi dosa-dosa besar
-Sentiasa membaca zikir pagi
-Sentiasa membaca zikir petang
-Mengingati Allah s.w.t pada setiap situasi
-Menunaikan Nazar
-Menyebarkan Salam
-Menahan anggota dari perkara haram
-Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
-Menggunakan sugi/siwak
-Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3) Akhlak Yang Mantap
-Tidak takabbur
-Mempunyai pendirian
-Tidak menipu
-Tidak mencaci
-Tidak mengadu domba
-Tidak mengumpat
-Tidak berdusta
-Tidak mengejek
-Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
-Tidak berkawan dengan orang yg berkelakuan buruk
-Mengasihi orang yang lebih muda
-Menghormati orang yang lebih tua
-Menunaikan janji
-Menundukkan pandangan
-Menjaga rahsia
-Menutup dosa orang lain
-Cemburu terhadap isteri
-Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4)Mampu Bekerja
-Menjauhi pekerjaaan yang haram
-Menjauhi riba
-Menjauhi judi
-Menjauhi penipuan
-Menunaikan zakat
-Membuat simpanan walaupun sedikit
-Tidak menangguh-nangguhkan tugasan yang diamanahkan
-Memelihara harta awam
-Memelihara harta peribadi

5) Berpengetahuan luas
-Mampu membaca dan menulis dengan baik
-Membaca tafsir 1 juzuk dari Al-Qur’an
-Memelihara hukum-hukum tilawah
-Menghafaz setengah dari hadith 40
-Menghafaz 20 hadith dari Riadhussolihin
-Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yang penting
-Mengenali sepuluh orang yang dijanjikan Syurga
-Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
-Mengetahui hukum-hukum solat
-Mengetahui hukum-hukum puasa
-Membaca sesuatu di luar bidangnya. 4 jam seminggu
-Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
-Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
-Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yang menyeleweng
-Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
-Mendengar dengan baik
-Mampu memberikan pandangan
-Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
-Tidak menerima syubahat yang dilemparkan ke atas kita

6) Tubuh Yang Cergas
-Bersih tubuh badan
-Bersih pakaian
-Tempat tinggal yang bersih
-Beriltizam dengan sunnah (adab) makan dan minum
-Tidak berjaga malam berlebihan
-Iltizam dengan senaman 2 jam seminggu
-Bangun sebelum terbit fajar/subuh
-Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
-Meninggalkan tabiat merokok
-Menjauhi tempat-tempat kotor
-Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7)Mujahadah (Menguasai Diri)
-Menjauhi perkara-perkara haram
-Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan
-Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8)Teratur urusannya
-Penampilan yang elok
-Tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang menentang Islam

9)Sangat Menghargai Masa
-Bangun awal
-Menggunakan masa tertentu untuk belajar

10)Bermanfaat Kepada Orang Lain
-Menunaikan hak ibu bapa
-Menyertai majlis-majlis kegembiraan
-Membantu orang-orang yang memerlukan
-Membimbing orang yang sesat
-Berkahwin dengan pasangan yang sesuai

Monday, 8 February 2010

Bagaimana Menghafal Al-Qur'an




Jiwa yang tidak pernah dibacakan Al-Qur'an, seperti kuburan. Sepi, sendirian, dan kering-kontang. Zaman ini, sedikit sekali orang-orang yang menghafal Al-Qur'an. Kita boleh melihat, ibu bapa lebih resah jika anaknya tidak boleh menguasai matematik dan bahasa Inggeris, berbanding tidak tahu Al-Qur'an. Padahal, mereka adalah keluarga Muslim. Padahal, sebagai orang Islam, kita harus yakin bahawa Al-Qur'an adalah petunjuk hidup kita.
Ketika zaman semakin berputar mengikut arus syahwat manusia, selayaknyalah kita sebagai orang Islam (mungkin) harus mulai kembali menanamkan azam dan niat, tekad dan keinginan untuk mulai menghafal Al-Qur'an.
Dan untuk memudahkan penghafalannya, ada beberapa teknik dan persiapan yang khusus yang boleh digunakan di antaranya:
  • lkhlaskan niat dan bersabar
  • Jangan lupa baca basmillah dulu
  • Berdoa kepada Allah swt
  • Bersih dari hadas kecil dan besar
  • Sebaiknya menghadap kiblat
  • Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat
  • Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal
  • Memberikan perhatian sepenuhnya
  • Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap
  • Berhenti membaca ketika ingin buang angin
  • Solat dua rakaat sebelum memulai
SEBELUM MENGHAFAL
  1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
  2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal
  3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal
  4. Berada dalam keadaan tenang
  5. Tenangkan pikiran sebelum menghafal
  6. Pilih sebuah jenis mushaf dan jangan ubah dengan jenis mushaf lain
  7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mulai menghafal
TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAL
A. Teknik "Chunking” (potongan-potongan)
  • Mengelompokan ayat yang panjang dalam beberapa bahagian yang memang sesuai mengikut arahan guru atau ustadz, jika belajar bersama mereka
  • Mengelompokan awal surat pada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai
  • Mengelompokan surat dalam beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita
  • Mengelompokan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya
  • Mengelompokan kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya
B. Teknik Mengulang
  • Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mulai menghafalnya
  • Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya
  • Selepas menghafal setiap setengah halaman, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang setengah halaman lagi
  • Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.
C. Teknik Menghafal Dengan Teman
  • Pilih seorang teman yang sama-sama berminat
  • Orang pertama membaca dan disemak oleh orang kedua
  • Orang kedua membaca dan disemak oleh orang pertama
  • Saling menyebut ayat antara satu sama lain
E. Teknik Mendengar Kaset/CD
  • Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu
  • Sebelum mulai menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali
  • Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di pikiran
  • Mulai menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut
  • Sentiasa mendengar kaset/CD bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan mendengar lagu-lagu kerana akan mengganggu penghafalan
F. Teknik Merakam
  • Rakam bacaan kita di dalam kaset dan dengarkan lagi untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul
  • Bagi kanak-kanak, rakam bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut
  • Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya
G. Teknik Menulis
  • Tulis kembali surat yang telah dihafal. Kemudian cek lagi dengan mushaf.
  • Menulis setiap ayat pertama awal muka surat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam sehelai kertas.
MEMELIHARA HAFALAN
  1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati
  2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika dalam perjalanan, selepas azan dan lain-lain lagi
  3. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya: selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya
  4. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam
  5. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau mengantuk
  6. Menulis setiap ayat yang mutasyabih

Diambil dan disesuaikan mengikut pemahaman bahasa melayu dari:
eramuslim.com

*Sebagai tambahan:
Lihat makna setiap ayat Al-Qur'an untuk memahami maksudnya dan memudahkan lagi penghafalan sebelum menghafal. 

Saturday, 30 January 2010

Antara Zionisme dan Yahudi

Oleh: Harun Yahya

Musim panas tahun 1982 menjadi saksi atas kebiadaban luar biasa yang menyebabkan seluruh dunia berteriak dan mengutuknya dengan keras. Tentara Isrel memasuki wilayah Lebanon dalam suatu serbuan mendadak, dan bergerak maju sambil menghancurkan sasaran apa saja yang nampak di hadapan mereka. Pasukan Israel ini mengepung kamp-kamp pengungsi yang dihuni warga Palestina yang telah melarikan diri akibat pengusiran dan pendudukan oleh Israel beberapa tahun sebelumnya. Selama dua hari, tentara Israel ini mengerahkan milisi Kristen Lebanon untuk membantai penduduk sipil tak berdosa tersebut. Dalam beberapa hari saja, ribuan nyawa tak berdosa telah terbantai.
Terorisme biadab bangsa Israel ini telah membuat marah seluruh masyarakat dunia. Tapi, yang menarik adalah sejumlah kecaman tersebut justru datang dari kalangan Yahudi, bahkan Yahudi Israel sendiri. Profesor Benjamin Cohen dari Tel Aviv University menulis sebuah pernyataan pada tanggal 6 Juni 1982:
"Saya menulis kepada anda sambil mendengarkan radio transistor yang baru saja mengumumkan bahwa ‘kita’ sedang dalam proses ‘pencapaian tujuan-tujuan kita’ di Lebanon: yakni untuk menciptakan ‘kedamaian’ bagi penduduk Galilee. Kebohongan ini sungguh membuat saya marah. Sudah jelas bahwa ini adalah peperangan biadab, lebih kejam dari yang pernah ada sebelumnya, tidak ada kaitannya dengan upaya yang sedang dilakukan di London atau keamanan di Galilee…Yahudi, keturunan Ibrahim…. Bangsa Yahudi, mereka sendiri menjadi korban kekejaman, bagaimana mereka dapat menjadi sedemikian kejam pula? … Keberhasilan terbesar bagi Zionisme adalah de-Yahudi-isasi bangsa Yahudi. ("Professor Leibowitz calls Israeli politics in Lebanon Judeo-Nazi" Yediot Aharonoth, 2 Juli 1982)
Benjamin Cohen bukanlah satu-satunya warga Israel yang menentang pendudukan Israel atas Lebanon. Banyak kalangan intelektual Yahudi yang tinggal di Israel yang mengutuk kebiadaban yang dilakukan oleh negeri mereka sendiri.
Pensikapan ini tidak hanya tertuju pada pendudukan Israel atas Lebanon. Kedzaliman Israel atas bangsa Palestina, keteguhan dalam menjalankan kebijakan penjajahan, dan hubungannya dengan lembaga-lembaga semi-fasis di bekas rejim rasis Apartheid di Afrika Selatan telah dikritik oleh banyak tokoh intelektual terkemuka di Israel selama bertahun-tahun. Kritik dari kalangan Yahudi sendiri ini tidak terbatas hanya pada berbagai kebijakan Israel, tetapi juga diarahkan pada Zionisme, ideologi resmi negara Israel.
Ini menyatakan apa yang sesungguhnya terjadi: kebijakan pendudukan Israel atas Palestina dan terorisme negara yang mereka lakukan sejak tahun 1967 hingga sekarang berpangkal dari ideologi Zionisme, dan banyak Yahudi dari seluruh dunia yang menentangnya.
Oleh karena itu, bagi umat Islam, yang hendaknya dipermasalahkan adalah bukan agama Yahudi atau bangsa Yahudi, tetapi Zionisme.
Sebagaimana gerakan anti-Nazi tidak sepatutnya membenci keseluruhan masyarakat Jerman, maka seseorang yang menentang Zionisme tidak sepatutnya menyalahkan semua orang Yahudi.
Asal Mula Gagasan Rasis Zionisme
Setelah orang-orang Yahudi terusir dari Yerusalem pada tahun 70 M, mereka mulai tersebar di berbagai belahan dunia. Selama masa
‘diaspora’ ini, yang berakhir hingga abad ke-19, mayoritas masyarakat Yahudi menganggap diri mereka sebagai sebuah kelompok masyarakat yang didasarkan atas kesamaan agama mereka. Sepanjang perjalanan waktu, sebagian besar orang Yahudi membaur dengan budaya setempat, di negara di mana mereka tinggal. Bahasa Hebrew hanya tertinggal sebagai bahasa suci yang digunakan dalam berdoa, sembahyang dan kitab-kitab agama mereka. Masyarakat Yahudi di Jerman mulai berbicara dalam bahasa Jerman, yang di Inggris berbicara dengan bahasa Inggris. Ketika sejumlah larangan dalam hal kemasyarakatan yang berlaku bagi kaum Yahudi di negara-negara Eropa dihapuskan di abad ke-19, melalui emansipasi, masyarakat Yahudi mulai berasimilasi dengan kelompok masyarakat di mana mereka tinggal. Mayoritas orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai sebuah ‘kelompok agamis’ dan bukan sebagai sebuah ‘ras’ atau ‘bangsa’. Mereka menganggap diri mereka sebagai masyarakat atau orang ‘Jerman Yahudi’, ‘Inggris Yahudi, atau ‘Amerika Yahudi’.
Namun, sebagaimana kita pahami, rasisme bangkit di abad ke-19. Gagasan rasis, terutama akibat pengaruh teori evolusi Darwin, tumbuh sangat subur dan mendapatkan banyak pendukung di kalangan masyarakat Barat. Zionisme muncul akibat pengaruh kuat badai rasisme yang melanda sejumlah kalangan masyarakat Yahudi.
Kalangan Yahudi yang menyebarluaskan gagasan Zionisme adalah mereka yang memiliki keyakinan agama sangat lemah. Mereka melihat “Yahudi” sebagai nama sebuah ras, dan bukan sebagai sebuah kelompok masyarakat yang didasarkan atas suatu keyakinan agama.
Mereka mengemukakan bahwa Yahudi adalah ras tersendiri yang terpisah dari bangsa-bangsa Eropa, sehingga mustahil bagi mereka untuk hidup bersama, dan oleh karenanya, mereka perlu mendirikan tanah air mereka sendiri. Orang-orang ini tidak mendasarkan diri pada
pemikiran agama ketika memutuskan wilayah mana yang akan digunakan untuk mendirikan negara tersebut. Theodor Herzl, bapak pendiri Zionisme, pernah mengusulkan Uganda, dan rencananya ini dikenal dengan nama ‘Uganda Plan’. Kaum Zionis kemudian menjatuhkan pilihan mereka pada Palestina. Alasannya adalah Palestina dianggap sebagai ‘tanah air bersejarah bangsa Yahudi’, dan bukan karena nilai relijius wilayah tersebut bagi mereka.
Para pengikut Zionis berusaha keras untuk menjadikan orang-orang Yahudi lain mau menerima gagasan yang sama sekali tidak ada hubungannya dengan agama mereka ini. Organisasi Yahudi Dunia, yang didirikan untuk melakukan propaganda masal, melakukan kegiatannya di negara-negara di mana terdapat masyarakat Yahudi. Mereka mulai menyebarkan gagasan bahwa orang-orang Yahudi tidak dapat hidup secara damai dengan bangsa-bangsa lain dan bahwa mereka adalah suatu ‘ras’ tersendiri; dan dengan alasan ini mereka harus pindah dan bermukim di Palestina. Sejumlah besar masyarakat Yahudi saat itu mengabaikan seruan ini.
Dengan demikian, Zionisme telah memasuki ajang politik dunia sebagai sebuah ideologi rasis yang meyakini bahwa masyarakat Yahudi tidak seharusnya hidup bersama dengan bangsa-bangsa lain. Di satu sisi, gagasan keliru ini memunculkan beragam masalah serius dan tekanan terhadap masyarakat Yahudi yang hidupnya tersebar di seluruh dunia. Di sisi lain, bagi masyarakat Muslim di Timur Tengah, hal ini memunculkan kebijakan penjajahan dan pencaplokan wilayah oleh Israel, pertumpahan darah, kematian, kemiskinan dan teror.
Banyak kalangan Yahudi saat ini yang mengecam ideologi Zionisme. Rabbi Hirsch, salah seorang tokoh agamawan Yahudi terkemuka, mengatakan:
‘Zionisme berkeinginan untuk mendefinisikan masyarakat Yahudi sebagai sebuah bangsa .... ini adalah sesuatu yang menyimpang (dari ajaran agama)’. (Washington Post, 3 Oktober 1978)
Seorang pemikir terkemuka, Roger Garaudy, menulis tentang masalah ini:
"   Musuh terbesar bagi agama Yahudi adalah cara berpikir nasionalis, rasis dan kolonialis dari Zionisme, yang lahir di tengah-tengah (kebangkitan) nasionalisme, rasisme dan kolonialisme Eropa abad ke-19. Cara berpikir ini, yang mengilhami semua kolonialisme Barat dan semua peperangannya melawan nasionalisme lain, adalah cara berpikir bunuh diri. Tidak ada masa depan atau keamanan bagi Israel dan tidak ada perdamaian di Timur Tengah kecuali jika Israel telah mengalami “de-Zionisasi” dan kembali pada agama Ibrahim, yang merupakan warisan spiritual, persaudaraan dan milik bersama dari tiga agama wahyu: Yahudi, Nasrani dan Islam. (Roger Garaudy, "Right to Reply: Reply to the Media Lynching of Abbe Pierre and Roger Garaudy", Samizdat, Juni 1996)
Dengan alasan ini, kita hendaknya membedakan Yahudi dengan Zionisme. Tidak setiap orang Yahudi di dunia ini adalah seorang Zionis. Kaum Zionis tulen adalah minoritas di dunia Yahudi. Selain itu, terdapat sejumlah besar orang Yahudi yang menentang tindakan kriminal Zionisme yang melanggar norma kemanusiaan. Mereka menginginkan Israel menarik diri secara serentak dari semua wilayah yang didudukinya, dan mengatakan bahwa Israel harus menjadi sebuah negara bebas di mana semua ras dan masyarakat dapat hidup bersama dan mendapatkan perlakuan yang sama, dan bukan sebagai ‘negara Yahudi’ rasis.
Kaum Muslimin telah bersikap benar dalam menentang Israel dan Zionisme. Tapi, mereka juga harus memahami dan ingat bahwa permasalahan utama bukanlah terletak pada orang Yahudi, tapi pada Zionisme.
 
Sumber:
http://www.dakwah.info/content-category-mainmenu-2/ghazwul-fikr/407-antara-zionisme-dan-yahudi

Tuesday, 26 January 2010

Assalaamu`alaikum!



Seorang lelaki pernah menghampiri Rasulullah s.a.w. dan mengucapkan “Assalamu’alaikum.” Rasulullah berkata: “Sepuluh (kebaikan).” Kemudian datang pula orang lain mengucapkan: “Assalamu’alaikum warahmatullah.” Rasulullah berkata: “Dua puluh (kebaikan).” Kemudian datang pula orang lain dengan mengucapkan: “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Rasulullah berkata: “Tiga puluh (kebaikan).” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2689]

Hadis di atas mengajar kita ucapan salam yang terbaik, iaitu: “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Dalam bab ini terdapat sebuah riwayat yang menerangkan ucapan: “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh.” Akan tetapi riwayat ini memiliki kelemahan di dalamnya, oleh itu memadailah kita dengan riwayat yang sahih di atas.



Hukum Dan Cara Menjawab Salam.

Hukum menjawab salam ialah wajib berdalilkan hadis berikut: “Hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain ada lima, (salah satu daripadanya ialah) menjawab salam.” [Shahih al-Bukhari, no: 1240] Ada pun cara menjawab salam, maka Allah s.w.t. mengajar kita untuk membalasnya dengan sesuatu yang lebih baik. Allah berfirman, maksudnya:

“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” [Surah al-Nisa’, ayat 86]

Oleh itu apabila seseorang mengucapkan kepada kita: “Assalamu’alaikum”, balaslah ia dengan yang lebih baik seperti: “wa’alaikumussalam warahmatullah.” Jika kita diucap: “Assalamu’alaikum warahmatullah”, balaslah ia dengan: “wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.” Akan tetapi jika kita didahului dengan: “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”, balasannya yang paling baik ialah: “wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.” Tidak lebih dari itu.

Ingin saya gariskan, apabila kita mengucap atau membalas salam, hendaklah bersungguh-sungguh lagi benar-benar memaksudkannya. Jangan sekadar: “Saimaikum” atau mengucapkannya sekadar melepaskan batuk di tangga.



Sentiasa Mencari Peluang Mengucapkan Salam.

Dalam tulisan sebelum ini, saya mengemukakan sekian banyak hadis yang menerangkan keutamaan dan kepentingan mengucapkan salam. Perkara ini adalah sesuatu yang benar-benar ditekankan oleh Islam sehingga Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengucapkan salam pada setiap peluang yang ditemui. Antaranya ialah sabda baginda: “Jika dua orang muslim jalan beriringan lalu mereka terpisah oleh pokok, batu atau lumpur, maka hendaklah salah seorang daripada mereka mengucapkan salam kepada yang lain (ketika beriringan kembali) dan mereka saling bertukar salam.” [Shahih al-Jami’ al-Shagheir, no: 355]

Pada ketika yang lain baginda menekankan: “Jika salah seorang daripada kalian datang ke suatu majlis, ucapkanlah salam … kemudian jika dia bangun (untuk balik), ucapkanlah salam. Salam yang pertama tidaklah lebih baik daripada salam yang kedua (maksudnya, kedua-dua ucapan salam adalah penting).” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2706] Demikian juga apabila kita memasuki rumah: “Jika kamu memasuki rumah maka ucapkanlah salam kepada penghuninya dan jika kamu keluar dari rumah maka ucapkanlah salam kepada penghuninya.” [al-Misykat al-Mashabih, no: 4651]

Kita juga dituntut mengucapkan salam sebelum berbicara atau bertanya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Salam sebelum kalam (perbicaraan).” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2699] Bahkan baginda pernah menegaskan: “(Ucapkanlah) salam sebelum bertanya, sesiapa yang bertanya kepada kamu (sesuatu) sebelum mengucapkan salam (terlebih dahulu) maka janganlah kamu menjawab (soalan itu).” [Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 816] Dalam beberapa riwayat diterangkan apabila Rasulullah s.a.w. meminta jurutulisnya menulis surat, ia dimulai dengan ucapan salam. Justeru apa jua medium komunikasi, hendaklah kita mulakannya dengan salam. Baik emel, talifon atau pesanan ringkas (SMS) mulakanlah ia dengan salam yang sempurna.

Kita juga dianjurkan mengirim salam sebagaimana hadis berikut di mana seseorang datang berjumpa Rasulullah s.a.w. dan mengkhabarkan bahawa ayahnya mengirim salam kepada baginda. Maka Rasulullah menjawab: “Alaikas salam wa ‘ala abikas salam (salam ke atas kamu dan salam ke atas ayah kamu).” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 5231]



Ucapan Salam Kepada Orang Bukan Islam.

Jika kita berhadapan dengan sekumpulan orang yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam, kita tidak perlu menyebut: “Assalamu’alaikum dan selamat pagi.” Sebaliknya memadai ucapan: “Assalamu’alaikum” untuk semua yang hadir dalam kumpulan itu berdasarkan hadis berikut: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah berjalan melintasi suatu majlis yang berhimpun di dalamnya orang Islam dan bukan Islam. Baginda mengucapkan salam kepada mereka.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2702]

Ada pun terhadap orang bukan Islam sahaja, terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ilmuan tentang hukum mengucapkan salam. Mereka berbeza dalam menafsirkan hadis berikut: “Janganlah kalian mendahului salam kepada orang Yahudi mahu pun Nasrani. Jika salah seorang daripada kalian bertembung dengan mereka di satu jalan, maka persempitkanlah jalan mereka.” [Shahih Muslim, no: 2167] Sebahagian ilmuan berpendapat hadis di atas ditujukan kepada kepada semua golongan bukan Islam, maka tidak boleh mengucapkan salam kepada mereka. Sebahagian lagi berpendapat hadis di atas ditujukan kepada golongan bukan Islam yang memusuhi Islam sahaja. Ada pun bagi orang bukan Islam yang memiliki sikap yang damai terhadap Islam dan umatnya, kita dibolehkan mengucapkan salam kepada mereka. Saya lebih cenderung kepada pendapat yang kedua.

Seterusnya jika orang bukan Islam mengucapkan salam kepada kita, maka balaslah ia dengan “Wa ‘alaikum.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika ahli kitab mengucapkan salam kepadamu, maka jawablah: wa ‘alaikum.” [Shahih Muslim, no: 2163]

Hafizfirdaus.com

Tuesday, 29 December 2009

Bila nak Hijrah?

*Sekadar Renungan Bersama...

Penulis: Hamka.
(100 Things I Hate About You)

Antara perkara yang buat aku menyampah dalam hidup adalah:, terpaksa mendengar ceramah politik, hampeh betul..!, sebab biasanya ceramah politik kebanyakkannya sampah kerana suka kutuk orang sana sini dan tafsir Al quran ikut isu semasa sambil perasan bagus dan perasan betul, itu yang hampeh, jika tegur mula naik angin dan akan bertambah dosa mereka sebab mempertahankan perkara yang batil..

Hari tu, aku ingat nak dengar ceramah ugama antara maghrib isyak, alih-alih ustaz yang datang mengajar sempena Maal hijrah baru baru ni rupanya ustaz politik, habis digunakan ayat Al quran dan hadith- hadith untuk benarkan perjuangan mereka.., Nabi dulu minta bantuan orang kafir untuk berhijrah, sebab tu kami bergabung dengan parti orang kafir, dahulu Nabi berhijrah untuk bina Negara islam, sebab tu anda semua kena undi parti X sebab kami nak bina Negara islam.., tak undi kami masuk neraka bla bla bla..

Nabi berhijrah untuk dapatkan kerajaan islam? Mekkah tak sesuai nak jalankan hukum islam lalu Nabi berhijrah? Dulu Nabi berhijrah minta bantuan orang kapir menunjuk jalan lalu kami pun bergabung dengan orang kapir kerana ini sunnah Nabi?

Hampeh!